Gara-gara tidak mahu makan ubat, anak bunuh ibu
Bernama
Januari 13, 2015 20:47 MYT
Januari 13, 2015 20:47 MYT
Gara-gara tidak mahu makan ubat, seorang lelaki dipercayai menghidap sakit mental memukul ibunya berusia 75 tahun dengan tukul besi di kepala hingga mati di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian di Taman Awana di sini, kira-kira pukul 10.30 pagi itu, suspek berusia 36 tahun itu marah apabila ibunya mendesaknya memakan ubat penyakit berkenaan.
"Berikutan itu, berlaku pergaduhan kecil dan mengakibatkan suspek mengamuk serta bertindak berang dengan menghentak kepala mangsa menggunakan penukul besi.
Difahamkan, mangsa kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis.
Menurut Ab Rashid, suspek dikatakan menghidap penyakit mental sejak 10 tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.