Gara-gara liwat murid, bakal guru dipenjara 14 tahun, enam sebatan

Astro Awani
Mac 5, 2019 21:05 MYT
Tertuduh yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. - Foto Astro AWANI
Seorang bakal pendidik dijatuhi hukuman 14 tahun penjara dan enam sebatan kerana meliwat murid tahun enam.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Azman Mustapha selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Mohamad Harman Faiz Hassin yang berusia 28 tahun.
Tertuduh yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.
Azman turut memerintahkan tertuduh mendapatkan sesi kaunseling sepanjang menjalani hukuman penjara serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara nanti.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun tanpa kerelaannya.
VIDEO: Liwat rakan tahanan: Buruh mengaku tidak bersalah
BACA: Polis siasat dakwaan pengetua liwat dua pelajar sekolah
BACA: Liwat sembilan pelajar, pengetua pusat tahfiz ditahan
Perbuatan itu dilakukan di bilik asrama di sebuah institusi pendidikan guru di negeri ini, jam 1 tengah hari pada 17 September 2016.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam daripada firma Tetuan Syukri, Zamri & Azran.
#bakal guru #bakal pendidik #cikgu sekolah #guru pelatih #Hukuman #jenayah #liwat #liwat murid #luar tabii #mahkamah #penjara #sebatan
;