Gantung diri selepas tikam mati rakan sekerja
Astro Awani
Februari 17, 2018 07:15 MYT
Februari 17, 2018 07:15 MYT
Bunyi pertengkaran antara dua pekerja kedai runcit menggemparkan penduduk di Jalan 10, Taman Selayang, Selangor.
Penduduk sekitar yang panik dengan kejadian yang berlaku kira kira jam 1 pagi itu, segera bertindak menghubungi polis.
Sebaik tiba, polis mendapati seorang pemilik kedai runcit cedera parah gara-gara cuba meleraikan pergaduhan pekerjanya.
Hasil pemeriksaan polis, seorang dari pekerja tersebut ditemui mati terbaring bahagian belakang kedai dengan kesan tikaman.
Siasatan awal juga mendapati seorang lagi pekerja bertindak menggantung diri di hadapan kedai selepas membunuh rakan sekerjanya.
Polis turut menemui sebilah pisau buah yang dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan terbabit.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata polis akan mendapatkan keterangan pemilik kedai runcit berkenaan selepas mendapat rawatan di Hospital Selayang.
#bunuh diri
#gantung diri
#kedai runcit
#kes gaduh
#pemilik kedai
#pertengkaran
#Polis Daerah Gombak
#Taman Selayang
#tikam