Ganjaran Premium, Cashback Hebat, Dan Solusi PayLater Patuh Shariah Disediakan oleh Boost Melalui Beyond Card
Kenyataan Media
Jun 28, 2024 10:30 MYT
Jun 28, 2024 10:30 MYT
KUALA LUMPUR: Pasaran PayLater Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut laporan industri, pasaran PayLater Malaysia berkembang sebanyak 35.4% CAGR (compound annual growth rate) antara 2022 dan 2028, dengan nilai barangan kasar mencecah USD$6.9 bilion (RM29.6 bilion) menjelang 2028 .
Antara solusi PayLater yang tersedia dalam pasaran Malaysia ialah Beyond Card, kad prabayar global pertama di Malaysia dengan fungsi PayLater yang patuh Shariah.
Kad ini, yang dilancarkan oleh kerjasama antara Boost, CelcomDigi, dan Mastercard, membolehkan pengguna membuat bayaran ansuran sehingga 6 bulan di lebih 100 juta peniaga Mastercard seluruh dunia.
Ramai rakyat Malaysia memilih Beyond Card berbanding pilihan PayLater lain kerana tawarannya yang unik, terutamanya ganjaran premium dan pulangan tunai (cashback) hebat pada Mastercard Travel Rewards.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Boost, Diana Boo, dalam satu temubual di AWANI Pagi: “Beyond Card menawarkan pelbagai pengalaman eksklusif kepada pengguna, termasuk ganjaran premium.”
“Matlamat kami adalah untuk meluaskan tawaran premium Beyond Card kami kepada segmen pasaran yang kurang menerima perkidmatan kewangan yang sewajarnya (underserved communities),” jelas Diana.
Manfaat-manfaat penggunaan Beyond Card termasuk, 11.05% cashback di Shopee, 6% cashback di Zalora, 4% di Sephora, 9.5% cashback di Calvin Klein, dan banyak lagi *.
“Menarik kali ini, pelanggan yang telah berjaya memohon Beyond Card semasa tempoh kempen juga akan layak menerima baucar aiskrim Inside Scoop percuma di aplikasi eDompet Boost*,” kata beliau.
Selain itu, dengan setiap ringgit yang dibelanjakan melalui pembayaran PayLater di Beyond Card, pengguna akan menikmati sehingga 3 Boost Stars, yang boleh ditebus untuk menerima lebih banyak penjimatan*.
Pengguna baru aplikasi Boost yang mendaftar dengan kod 'BEYONDAWANI' dari sekarang sehingga 30 Julai 2024 bakal mendapat sehingga RM8 cashback*. Promosi-promosi ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Kad ini adalah eksklusif kepada pelanggan CelcomDigi dan terhad kepada pengguna yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.
Mohon Beyond Card anda sekarang di aplikasi Boost, melalui pautan ini: https://myboost.app.link/BlID3I0PzKb