Ganja untuk perubatan: 'Great work YB!' - Syed Saddiq hantar surat kepada Khairy

Rahimah Abdullah
April 6, 2022 10:38 MYT
Mewakili Kaukus Ganja Perubatan, Syed Saddiq telah menghantar surat kepada Menteri Kesihatan itu bagi menjayakan usaha itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyambut baik kenyataan Khairy Jamaluddin yang mengalu-alukan kerjasama industri atau ahli akademik dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.
Susulan itu, mewakili Kaukus Ganja Perubatan, beliau telah menghantar surat kepada Menteri Kesihatan itu bagi menjayakan usaha itu.
"Great work YB! Bagi pihak Kaukus Ganja Perubatan, saya telah menghantar surat kepada anda untuk menangani perkara ini bersama-sama.
"Semoga kita dapat mengadakan perbincangan yang berkesan dan membuahkan hasil," katanya dalam satu ciapan di laman Twitternya pada Rabu.
Pada Rabu, Khairy berkata kementeriannya mengalu-alukan kerjasama industri atau ahli akademik dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.

Great work YB! On behalf of the Medical Cannabis Caucus, I have sent you a letter to work on this together. Hope that we will be able to have effective and fruitful discussions. Looking forward to having meaningful engagements together on this matter. https://t.co/O9fxpWFP6s

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, KKM setakat ini belum menerima laporan penuh mengenai kegunaan CBD atau 'cannabidiol', yang merupakan antara kandungan aktif dalam pokok kanabis, untuk tujuan perubatan.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, beliau juga tidak sabar untuk terlibat sama dalam perkara itu.
BACA: KKM alu-alukan kajian berkaitan penggunaan ganja untuk perubatan - Khairy
BACA: Nama disebut Yasin Sulaiman, ini respons Syed Saddiq
Syed Saddiq sebelum ini mengulangi pendirian untuk menggesa kerajaan membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan.
Malah beliau pernah berbahas dalam Dewan Rakyat mengenai potensi perubatan kanabis jika ia dibenarkan di Malaysia.
#Khairy Jamaluddin #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #KKM #Malaysia #ganja #perubatan