Gangguan telco hingga Jun tahun depan, pengguna beri 'wish list'

Madiha Abdullah
November 30, 2016 15:08 MYT
Ada yang mahu pihak pembekal memberikan sebarang bentuk pampasan atau rebat sepanjang tempoh gangguan. - Gambar hiasan
Pengguna kemungkinan mengalami gangguan telekomunikasi sementara berikutan kerja-kerja penentukuran semula stesen pangkalan penyedia perkhidmatan bermula September lepas sehingga Jun 2017.
Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), dalam kenyataan pada Selasa, berkata kerja-kerja penentukuran semula itu berikutan pelaksanaan pengagihan semula spektrum seperti yang diumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menyedari sistem telekomunikasi adalah sesuatu yang sangat penting, Astro AWANI telah menjalankan tinjauan menerusi laman sosial pada Rabu.
BACA: Gangguan telekomunikasi sementara sehingga Jun 2017
Melalui pendapat yang diutarakan, netizen dilihat berpecah kepada dua golongan.
Golongan pertama adalah kelompok mereka yang tidak kisah dengan gangguan tersebut dan berharap ia akan dapat memperbaiki kelemahan yang timbul sebelum ini.

@501Awani buat jer ape yg patut... Janji leps nie laju sekurang2nye 10mbps

— I'm Iqbal (@Im_Iqbal41) November 30, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani jangan nanti selepas peningkatan sistem tetapi perkhidmatan masih ditahap lama

— Mohamad Nordin (@mohamadnordin72) November 30, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani kalau ia lebih baik pada masa akan datang, okay laa

— MF (@fzrleum) November 30, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani Sy okay je, skrg pun even tak buat penentukuran pon, servis bnyk gangguan jugak. Harapnya gangguan tidak keterlaluan la ye

— halmi alwi (@halmialwi) November 30, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Satu lagi golongan adalah mereka yang mahu pihak pembekal memberikan sebarang bentuk pampasan atau rebat untuk pengguna yang terjejas.

@501Awani takde compensation ke untuk pelanggan? At least during that period ada rebate ke from the standard subscription fee

— me-FK3 (@fKamal3) November 30, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia #gangguan telekomunikasi #pengagihan semula spektrum #SKMM #Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
;