Gangguan perkhidmatan LRT, laluan Kelana Jaya digantung 7 hari

Astro Awani
November 8, 2022 06:30 MYT
Penggantungan ini melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung selama 7 hari bermula hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Prasarana Berhad menerusi satu kenyataan jam 5 pagi tadi.
Penggantungan hingga 15 November ini melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park.
Sementara itu, lain-lain stesen beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam.
Ia melibatkan 22 stesen termasuk dari Gombak ke Putra Heights.
Ia akan mula beroperasi dari jam 6 pagi hingga 11 malam bermula 9 hingga 15 November.

Kemaskini LRT Laluan Kelana Jaya: Waktu operasi 6 pagi - 11 malam sahaja (ditamatkan awal). pic.twitter.com/CLd9setMZJ

— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kemaskini Laluan Kelana Jaya: pic.twitter.com/vWDFCInj8I

— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

1/2 Kemaskini Laluan Kelana Jaya: Penumpang disarankan untuk menaiki bas perantara percuma yang disediakan. Untuk mengesan lokasi bas, sila klik pautan di bawah. 1. CH01 LRT Ara Damansara ~ Pasar Seni https://t.co/NxwQFWZ0j4

— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya bermula jam 8.39 malam Selasa itu dipercayai akibat masalah pemanduan automatik.
BACA: Beberapa stesen ditutup susulan gangguan sistem kawalan automatik LRT Laluan Kelana Jaya
Ia melibatkan laluan antara Stesen Kelana Jaya dan Stesen Ampang Park.
Dalam pada itu Prasarana dijadual mengadakan satu sidang media pada jam 10.30 pagi ini untuk kemas kini berkaitan masalah gangguan yang berlaku.
#LRT #prasarana #masalah pemanduan automatik #perkhidmatan tren
;