Gangguan IT global: Operasi Pelabuhan Klang tidak terjejas

Bernama
Julai 19, 2024 10:49 MYT
Lembaga Pelabuhan Klang mengesahkan operasi di Northport (Malaysia) Bhd dan Westports Holdings Bhd tidak terjejas dengan gangguan Microsoft Windows global yang menjejaskan banyak industri. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lembaga Pelabuhan Klang mengesahkan operasi di Northport (Malaysia) Bhd dan Westports Holdings Bhd tidak terjejas dengan gangguan Microsoft Windows global yang menjejaskan banyak industri.
Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang Kapten K Subramaniam berkata sistem di pelabuhan, pintu masuk utama melalui laut ke Malaysia, tidak terjejas akibat gangguan tersebut.
"Pada masa ini, kami tidak mempunyai sebarang berita tentang gangguan (yang dihadapi oleh kapal)," katanya ketika dihubungi pada 5.10 petang.
Laporan berita dari seluruh dunia menjangkakan pelbagai sektor, termasuk institusi perbankan, syarikat pembayaran, syarikat penerbangan dan syarikat pengangkutan akan mengalami masalah teknikal dan kelewatan disebabkan gangguan itu.
Laporan itu memetik gangguan yang berlaku dikaitkan dengan firma keselamatan siber global CrowdStrike.
CrowdStrike Holdings Inc ialah sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas. Ia menyediakan beban kerja penembusan dan keselamatan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan serangan siber.
-- BERNAMA
#gangguan IT global #Pelabuhan Klang #operasi tidak terjejas #Microsoft Windows