Gangguan IT global: Kementerian Digital pantau rapat situasi

Pia Ernadya
Julai 19, 2024 13:52 MYT
Gobind berkata, kementeriannya sedang mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani masalah itu dengan segera.
KUALA LUMPUR: Menteri Digital Gobind Singh Deo memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau situasi gangguan IT global yang dialamai oleh beberapa perkhidmatan perbankan dan penerbangan khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi ciapan X, beliau mengesahkan ada menerima beberapa laporan gangguan yang kini dalam proses pembaikan.

Kami sedang memantau situasi dengan rapat. Kami telah menerima beberapa laporan gangguan yang kini dalam proses pembaikan. Segala langkah sedang diambil bagi menangani masalah ini dan menyelesaikannya dengan kadar segera. https://t.co/7wXIfuKpwA

— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) July 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun begitu, pihaknya sedang mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani masalah ini dengan segera.
Terdahulu, perisian yang dibangunkan syarikat peneraju keselamatan siber global, CrowdStrike, mengalami gangguan siber terbesar sehingga menjejaskan perjalanan operasi di beberapa negara termasuk Singapura, Australia dan Amerika Syarikat.
Gangguan itu menyaksikan mesin pelayan dan juga komputer berdepan isu BSOD (Blue Screen of Death) yang memaksa penutupan sesebuah komputer.
Manakala, Agensi Keselamatan Cyber Negara (NACSA) memaklumkan gangguan global yang menjejaskan pengguna Microsoft, telah memberi kesan yang ketara di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Menurut agensi tersebut, gangguan itu memberi kesan kepada pelbagai sektor kritikal seperti saluran televisyen, lapangan terbang dan bank.
#Gobind Singh Deo #gangguan IT global #KLIA #perkhidmatan perbankan #operasi terjejas