Gangguan IT global: Isu sudah pulih, aplikasi dan perkhidmatan Microsoft 365 masih dibaiki - Microsoft

Agensi
Julai 19, 2024 11:18 MYT
Menurut Microsoft, buat masa ini terdapat beberapa isu yang masih lagi dalam pemerhatian Microsoft termasuk aplikasi dan perkhidmatan Office 365.
MICROSOFT mengesahkan gangguan IT global yang dialami oleh beberapa perkhidmatan termasuk perbankan dan penerbangan di beberapa buah negara sudah dibaiki.
Menurut Microsoft, terdapat beberapa isu yang masih lagi dalam pemerhatian syarikat berkenaan termasuk aplikasi dan perkhidmatan Office 365, lapor agensi Reuters.
Sebelum ini, Ketua Operasi Eksekutif firma CrowdStrike pada Jumaat. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CrowdStrike, George Kurtz berkata satu langkah penyelesaian sudah diaktifkan bagi menangani gangguan IT global yang sedang melanda dunia ketika ini.
Kurtz berkata, pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.
#Microsoft Office 365 #Crowdstrike #gangguan IT global #aplikasi dan perkhidmatan Microsoft 365