Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan "penyelesaian"

Luqman Hariz
Julai 19, 2024 10:52 MYT
CrowdStrike berkata pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin. - Gambar fail Reuters
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif CrowdStrike, George Kurtz berkata satu langkah penyelesaian sudah diaktifkan bagi menangani gangguan IT global yang sedang melanda dunia ketika ini.
Kurtz berkata, pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.
Beliau menekankan sekali lagi bahawa gangguan ini bukan disebabkan oleh serangan siber, sebaliknya oleh satu masalah yang dikenal pasti dalam sistem Microsoft Windows.

CrowdStrike is actively working with customers impacted by a defect found in a single content update for Windows hosts. Mac and Linux hosts are not impacted. This is not a security incident or cyberattack. The issue has been identified, isolated and a fix has been deployed. We

— George Kurtz (@George_Kurtz) July 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya, satu pasukan telah disediakan untuk memastikan keselamatan dan kestabilan sistem kliennya terus terjaga.
CrowdStrike menggesa semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya untuk berhubung dengan syarikat itu untuk memperoleh kemas kini berkenaan situasi ini.
Menurut laman web pengumpul statistik, Statista, setakat Februari 2024, kira kira 72 peratus komputer dan peranti di seluruh dunia menggunakan sistem operasi Microsoft Windows.
Gangguan setakat ini mengakibatkan operasi syarikat daripada pelbagai industri dan negara terkesan, termasuk syarikat penerbangan, bank dan saluran televisyen.
#Crowdstrike #serangan siber #keselamatan siber #george kurtz #gangguan IT global