Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas

Bernama
Julai 19, 2024 18:00 MYT
SESB memaklumkan gangguan itu disebabkan oleh gangguan global Microsoft Azure yang dialami kini. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.
SESB dalam kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan ia disebabkan oleh gangguan global Microsoft Azure yang dialami kini.
"Sebarang kesulitan amat dikesali," menurut SESB.
Semakan ke atas aplikasi dan web portal mySESB mendapati kedua-dua platform itu tidak dapat dicapai.
-- BERNAMA
#gangguan IT global #SESB #aplikasi #Portal
;