Gangguan IT Global: AirAsia turut terkesan, daftar masuk terjejas
Ridauddin Daud
Julai 19, 2024 18:35 MYT
Julai 19, 2024 18:35 MYT
KUALA LUMPUR: AirAsia petang ini mengesahkan turut terjejas dengan gangguan siber yang sedang berlaku di banyak negara di seluruh dunia.
Syarikat penerbangan itu menerusi media sosialnya memberitahu, gangguan tersebut menjejaskan sistem tempahan daftar masuknya.
AirAsia berkata, gangguan itu menyebabkan proses daftar masuk lebih perlahan, mengakibatkan barisan lebih panjang di lapangan terbang.
“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk mengendalikan insiden ini.
“Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang bersabar sementara situasi ini dikendalikan,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya.