Gangguan IT global: AEON Bank sahkan operasi tidak terjejas

Bernama
Julai 19, 2024 11:27 MYT
Aeon Bank (M) Bhd, satu daripada tiga bank digital yang telah mula beroperasi mengesahkan bahawa operasinya tidak terjejas oleh gangguan global Microsoft.
KUALA LUMPUR: Aeon Bank (M) Bhd, satu daripada tiga bank digital yang telah mula beroperasi mengesahkan bahawa operasinya tidak terjejas oleh gangguan global Microsoft.
Awal hari ini, dunia dikejutkan dengan berita gangguan Windows yang telah menjejaskan kebanyakan operasi bank, syarikat penerbangan, dan organisasi lain di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata bank digital tersebut beroperasi menggunakan Google Workspace.
"Kami menggunakan Amazon Web Services, bukan infrastruktur awan Microsoft.
"Pada masa ini, kami tidak melihat sebarang masalah dalam perkhidmatan kami," katanya kepada Bernama pada 5.45 petang.
Dilaporkan bahawa pengguna Microsoft di seluruh dunia termasuk bank, melaporkan gangguan pada Jumaat, hanya beberapa jam selepas syarikat teknologi itu mengumumkan ia menyelesaikan secara berperingkat isu yang menjejaskan akses kepada aplikasi dan perkhidmatan Microsoft 365.
-- BERNAMA
#gangguan IT global #Aeon Bank #bank digital #Malaysia