Gangguan IT global: 14 agensi kerajaan, swasta di Malaysia terjejas - Gobind

Sinar Harian
Julai 24, 2024 15:55 MYT
Gobind Singh Deo berkata, lima agensi kerajaan dan sembilan agensi swasta terkesan namun jumlah kerugian akibat insiden tersebut belum diperolehi. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Insiden gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku minggu lalu disahkan bukan serangan siber sebaliknya terjadi akibat kelemahan pada sistem kemas kini perisian sekuriti CrowdStrike.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, lima agensi kerajaan dan sembilan agensi swasta terkesan namun jumlah kerugian akibat insiden tersebut belum diperolehi.
Lima agensi kerajaan tersebut membabitkan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Institut Kesihatan Negara dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Sembilan agensi swasta terbabit pula tidak dinamakan namun meliputi beberapa sektor termasuk penerbangan, perbankan dan pengangkutan.
Lima agensi kerajaan terjejas akibat CrowdStrike - Menteri Digital
“Walaupun bukan serangan siber, kementerian memandang serius perkara ini. Gangguan ini menunjukkan kelemahan sistem teknologi dan boleh menyebabkan kehilangan dan kerosakan besar sekiranya berulang lagi.
“Kementerian sudah mengambil beberapa langkah dalam memperkenalkan serta menambah baik Akta Keselamatan Siber 2024 dan Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang akan dibentang di Dewan Negara,” katanya dalam sidang media khas pada Rabu.
CrowdStrike menyebabkan banyak domain tidak bertanggungjawab wujud
Selain itu, Gobind memaklumkan beberapa cadangan telah dikemukakan CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi memperbaiki tahap keselamatan sistem IT.
Ini termasuk pembekal perlu menambah baik prosedur ujian sebelum deployment dan menyediakan pelan insiden tindak balas komprehensif oleh syarikat, selain pembekal perisian perlu mempunyai ulasan berkala dan mengemas kini sistem mereka.
#gangguan IT global #Crowdstrike #Malaysia #Gobind Singh Deo
;