KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima 11 panggilan kecemasan berkaitan kes pengguna terperangkap dalam lif melibatkan rumah kediaman, bangunan pejabat dan komersial susulan gangguan bekalan elektrik tengah hari tadi.
Pengarahnya Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata kes berkenaan dikesan berlaku di sekitar Shah Alam, Kajang, Serdang, Damansara, Subang dan Sungai Buloh namun tiada seberang kecederaan dilaporkan.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur pula berkata pihaknya turut menerima puluhan panggilan kecemasan mengenai perkara sama namun jumlah sebenar kes belum diperoleh.
Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman pula berkata pihaknya menggunakan set generator untuk membekalkan elektrik kepada hospital-hospital di negeri itu bagi mengelakkan gangguan operasi.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata antara hospital di Selangor yang terkesan dengan gangguan bekalan elektrik adalah Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Kajang.
Sementara itu, tengah hari tadi TNB mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di seluruh negara.
Di SELANGOR, gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku dalam tempoh setengah jam di beberapa premis kerajaan dan gerai di sekitar daerah Kuala Langat, manakala beberapa kilang antaranya sebuah syarikat e-dagang di Seksyen 22, Shah Alam dan kilang sarung tangan di Klang turut terjejas.
Tiga kawasan di MELAKA iaitu sebahagian di Cheng, Malim serta Batu Berendam terkesan dengan gangguan bekalan elektrik yang turut melibatkan beberapa kawasan perindustrian, menurut Ketua Perkhidmatan TNB Melaka Khairizam Ibrahim.
Di PAHANG, gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di beberapa kawasan sekitar daerah Kuantan, Pekan, Bentong dan Pekan bermula kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.
Pemilik bengkel kereta di Padang Lalang, Kuantan, Mohd Hasrul Affendi, 30, berkata beliau tidak boleh meneruskan kerja membaiki enam kenderaan di kedainya kerana kebanyakan mesin yang digunakan menggunakan kuasa elektrik.
Di KELANTAN, gangguan elektrik berlaku hampir 30 minit di sekitar Jalan Che Kadir, Kota Bharu yang menempatkan beberapa premis perniagaan seperti restoran, kedai emas, hotel dan bangunan pejabat.
Beberapa daerah di KEDAH antaranya Kuala Muda dan Kota Setar turut mengalami gangguan elektrik, namun hanya berlaku dalam tempoh kurang satu jam.
Tinjauan juga mendapati lampu isyarat di beberapa kawasan sekitar Sungai Petani tidak berfungsi akibat gangguan elektrik.
Sementara itu, tiada gangguan elektrik yang serius dilaporkan di Pulau Pinang apabila hanya beberapa kawasan tertentu terjejas termasuk di Seberang Jaya, Butterworth dan Bayan Lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022
JBPM Selangor menerima 11 panggilan kecemasan berkaitan kes pengguna terperangkap dalam lif melibatkan rumah kediaman, bangunan pejabat dan komersial susulan gangguan bekalan elektrik tengah hari tadi. - Gambar hiasan/BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Gangguan MRT Sungai Buloh-Kajang akibat pengorekan pihak ketiga - TNB
Bagaimanapun, bekalan elektrik berjaya disalurkan sepenuhnya pada 1.19 petang, hari ini.