Gangguan bekalan air tidak berjadual di empat kawasan Wilayah Petaling

Bernama
Jun 24, 2020 00:27 MYT
Kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada pukul 8.45 pagi Khamis.
Empat kawasan di Wilayah Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, berikutan insiden paip pecah di tepi Lebuh Raya Besraya, berhampiran tapak Kondominium Kenwingston Avenue, Sungai Besi, di sini.
Kawasan terjejas ialah Kampung Malaysia, Desa Petaling, Salak Selatan dan Kampung Baru Salak Selatan.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada pukul 8.45 pagi Khamis.
"Bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan terlibat turut digerakkan bagi membantu pengguna terjejas," katanya dalam kenyataan di sini, malam Rabu.
-- BERNAMA
#bekalan air #Besraya #Desa Petaling #gangguan bekalan #Kampung Baru Salak Selatan #Kondominium Kenwingston Avenue #paip pecah #Salak Selatan #wilayah petaling
;