Gangguan bekalan air di Seberang Perai Tengah 31 Oktober ini

Bernama
Oktober 23, 2020 18:01 MYT
PBAPP menasihati pengguna menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan selama lapan jam bermula 10 malam Sabtu. -Gambar fail
GEORGE TOWN: Seberang Perai Tengah akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 31 Oktober hingga 1 November, demikian menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata gangguan bekalan itu yang disebabkan kerja-kerja pemasangan paip di Jalan Permatang Rawa, akan melibatkan kira-kira 2,600 akaun di sesetengah kawasan di Jalan Perda Utama dan Permatang Rawa.
"Kawasan yang terjejas ialah Kampung Permatang Batu, IKS Permatang Batu, Prominence Flat and Condominium, kawasan perniagaan Bandar Perda Timur, Kampung Permatang Rawa, IKS Permatang Rawa dan Taman Riang," katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, PBAPP menasihati pengguna menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan selama lapan jam bermula 10 malam Sabtu (31 Okt) hingga 6 pagi esoknya (1 Nov).
-- BERNAMA
#Seberang Perai Tengah #gangguan bekalan air #Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang #PBAPP #Datuk Jaseni Maidinsa
;