Gangguan bekalan air di Petra Jaya

Bernama
Oktober 18, 2018 17:24 MYT
Usaha memulihkan bekalan air untuk kembali normal akan dipercepatkan dalam masa terdekat. - Gambar fail
Seluruh kawasan Petra Jaya di sini, akan mengalami masalah gangguan bekalan air sementara berikutan kerja membaik pulih paip di jambatan Tun Salahuddin.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini, berkata sebagai alternatif Lembaga Air Kuching (KWB) telah membuat sambungan paip dari Kampung Bintawa untuk meningkatkan tekanan air di kawasan terjejas.
"Oleh itu, beberapa kawasan di tanah tinggi akan mengalami tekanan air rendah. Pihak Lembaga Air Kuching memohon maaf di atas segala kesulitan dihadapi pengguna," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, usaha memulihkan bekalan air untuk kembali normal akan dipercepatkan dalam masa terdekat.
#bekalan air #gangguan air #Jambatan Tun Salahuddin #Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri #JBPN Sarawak #Kampung Bintawa #Petra Jaya
;