Gangguan bekalan air di Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor

Bernama
November 4, 2017 22:38 MYT
Permohonan bekalan air bantuan boleh dibuat melalui SMS dengan menaip: tanker, nama, alamat dan dihantar ke 15300. - Gambar fail
Beberapa kawasan di Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor sedang mengalami gangguan bekalan air sementara dan tekanan air rendah akibat masalah teknikal di Loji Rawatan Air SSP 2.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), usaha sedang dipergiat untuk menyelesaikan gangguan teknikal itu.
Ia berkata bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air kepada pelanggan dengan keperluan kritikal.
Permohonan bekalan air bantuan boleh dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: tanker, nama, alamat dan dihantar ke 15300.
Di Klang kawasan terlibat ialah Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, Aman Perdana, UiTM Puncak Alam, Tok Muda, Rantau Panjang, Telok Kapas, Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, 2 dan 3, Pelabuhan Utara, Tanjung Harapan, Kawasan Perindustrian Sultan Mohamed, Sungai Sireh, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Bandar Botanik, Ambang Botanik, Bayu Emas, Bandar Parklands, Glenmarie Cove, Bandar Puteri.
Bandar Putera 2, Taman Bayu Perdana, Taman Sentosa, Kampung Budiman, Meru, Kapar, Telok Gong, Laguna Park, Armada Putera, Pulau Indah Fasa 1 dan 2, Kampung Pulau Indah, Pulau Ketam, Kampung Pendamar, Pandamaran dan Taman Seri Andalas.
Di Kuala Langat ia melibatkan Batu 7 dan Batu 8 Sijangkang, Batu 9 Kampung Medan, Taman Sijangkang Jaya, Taman Perwira dan Taman Seri Medan.
Di Kuala Selangor, kawasan terlibat ialah Puncak Alam Fasa 1, 2, 3 dan 5, Alam Suria, Puncak Bistari dan Dataran Suria.
-- BERNAMA
#air #bantuan #gangguan #Klang #Kuala Langat #Kuala Selangor #SYABAS #teknikal
;