Gangguan bekalan air di KL pulih 98 peratus - Air Selangor

Astro Awani
Oktober 11, 2021 09:40 MYT
Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Air Selangor ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 50 kawasan yang terjejas di Wilayah Kuala Lumpur berikutan insiden paip pengepaman bocor di Rumah Pam Segambut, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2021 telah mencapai 98 peratus.
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk maklumat insiden dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
#bekalan air #Air Selangor #Rumah Pam Segambut #agihan
;