Gangguan bekalan air di 28 kawasan Kuala Selangor 13 Okt ini
Bernama
Oktober 7, 2020 06:02 MYT
Oktober 7, 2020 06:02 MYT
KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9.30 pagi hingga 10 malam pada 13 Okt ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memaklumkan, gangguan itu berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh buat sementara waktu pada tarikh berkenaan bagi kerja-kerja penggantian injap.
"Pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di LRA Sungai Sireh ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap serta memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Katanya, penambahbaikan infrastruktur loji ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.
Tambahnya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dari LRA Sungai Sireh dan tekanan air pada sistem agihan.
"Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini," katanya.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com juga kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut:
-- BERNAMA
#air
#bekalan air
#gangguan
#Kuala Selangor
#Air Selangor
#Elina Baseri
#henti tugas
#LRA Sungai Sireh
#kerja penggantian injap
#Infrastruktur