Gangguan bekalan air: 17 peratus kawasan kembali pulih
Astro Awani
Oktober 7, 2020 08:03 MYT
Oktober 7, 2020 08:03 MYT
KUALA LUMPUR: Sehingga jam 6 pagi ini, sejumlah 46 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 274 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.
Sementara itu, sebanyak 228 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di wilayah yang terjejas iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya.
Kadar peratusan pemulihan kini berada pada tahap 17 peratus, menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pihaknya sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan yang masih terjejas.
Ia susulan gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi pada 4 Oktober 2020.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan jam 7.30 pagi ini, peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:
Pada masa sama, Elina mengingatkan pengguna agar tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.
Air Selangor juga menyarankan para pengguna mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran-saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, sosial media Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.
#Sungai Semenyih
#LRA
#loji rawatan air
#Bukit Tampoi
#gangguan bekalan air
#henti tugas
#peratusan pemulihan
#Petaling
#Hulu Langat
#Kuala Langat
#Sepang
#Putrajaya
#Bekalan Air Pulih
#Air Selangor
#Elina Baseri
#sistem agihan