Gangguan air jejas aktiviti harian
Astro Awani
Januari 11, 2013 08:28 MYT
Januari 11, 2013 08:28 MYT
Penduduk yang berdepan dengan krisis air di Lembah Klang, terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan bekalan air.
Bagi penghuni Flat Sri Melaka di Cheras, mereka terpaksa menggunakan tali bagi mengangkutnya.
Masalah yang berlarutan sejak 29 Disember lalu menyebabkan sebahagian penduduk hilang sabar.
Kesusahan yang dialami menjejaskan aktiviti harian.
Masalah yang tiada kesudahan ini menyebabkan mereka terpaksa berbelanja lebih.
Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang dikatakan berpunca daripada pengurangan kadar pengepaman air dari rumah pam Wangsa Maju.
Ikuti luahan penduduk sekitar Flat Sri Melaka, Cheras.