SHAH ALAM:Berbekalkan tong kosong dan kudrat, penduduk yang terjejas dengan gangguan bekalan air di Lembah Klang terpaksa bermandi peluh untuk mendapatkan bekalan air di Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
Lebih perit, ada dalam kalangan mereka terpaksa mencatu air dan tidak mandi demi memastikan bekalan air mencukupi untuk kegunaan asas.
Tinjauan Astro AWANI di PKS Seksyen 4, Shah Alam mendapati seawal pukul 7.30 pagi penduduk sekitar kawasan itu telah mula beratur untuk mendapatkan bekalan air.
Jelas kelihatan kerut pada riak wajah mereka, keletihan sudah tidak lagi dapat disembunyikan.
Pekerja swasta, Yasril Tazardin, 60, berkata dia terpaksa berulang-alik tiga kali sehari ke Sekysen 4 untuk mendapatkan bekalan air sejak tiga hari lalu.
“Sudah kerap kali berlaku dan kita tidak mengambil iktibar (daripada perkara itu). Masalah utama adalah kita tidak selesaikan isu tersebut dari awal.
“Saya kecewa... Kita ada pemimpin tetapi tidak bijak (mengatasi gangguan air). Kamu (pemimpin) sepatutnya mengambil tindakan proaktif dan selesaikan masalah ini,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini pada Selasa.
Yasril menambah sistem perparitan yang tidak sistematik disifatkan menjadi faktor utama yang menyebabkan pencemaran sungai, sehingga mengakibatkan pengguna terpaksa menanggung derita.
Sementara itu, pekerja swasta, Ghazali Awang, 46, berkata kerajaan perlu mencari mekanisme baharu termasuk mengkaji teknologi terkini dalam menyelesaikan masalah gangguan air tidak berjadual.
“Kena buat kajian betul-betul. Saya rasa untuk sekitar Shah Alam, bulan ini sahaja sudah lebih lima kali.
“Jadi, kita sebagai rakyat memang terkesan, selain terpaksa mengeluarkan duit, tenaga dan kadang-kadang pagi sudah keluar untuk mendapatkan air,” luahnya.
Situasi sama terpaksa dihadapi oleh suri rumah atau kaum wanita lain yang terpaksa beratur dan mengangkat tong air yang berat apabila suami terpaksa keluar bekerja.
Haliza Karim, 52, berkata mereka tiada pilihan kerana air merupakan keperluan asas.
“Air sememangnya wajib ada, bagi kami di Seksyen 20 tiada tangki-tangki air yang besar, ditambah pula anak-anak berada di rumah dan keadaan ibu saya sedang uzur.
“Selain itu, kawasan rumah kami ramai orang kurang upaya (OKU) yang tidak berkemampuan untuk angkut air di tepi jalan. Jadi, ia menyukarkan pihak kami apabila tiada air,” katanya.
Bagi pesara, Nik Mazlan Nik Mohamed, 56, pihak berwajib digesa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak bertanggungjawab mengakibatkan pencemaran sungai.
“Industri-industri yang berhampiran dengan sungai atau lebih tepat lagi kilang-kilang yang berhampiran dengan sungai perlu dihapuskan dan dihentikan operasi mereka.
“Berapa ramai pegawai yang boleh memantau operasi mereka sebab bukan satu dua (kilang), saya rasa lebih 20 buah.
“Jadi, pihak berkenaan yang kononnya ada pegawai yang memantau, berapa kerap mereka nak memantau, tak mungkin 24 jam?” dakwanya.
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang sebelum ini dihentikan tugas akibat pencemaran sumber air mentah.
Akibatnya, sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Untuk rekod, sekurang-kurangnya enam insiden pencemaran sungai berlaku sepanjang tahun ini, dengan kejadian pertama berlaku pada 17 Mac lalu membabitkan LRA Sungai Selangor.
Hasimi Muhamad
Tue Oct 20 2020
![Gangguan air: Inilah realiti! Penduduk bermandi peluh angkut air... Gangguan air: Inilah realiti! Penduduk bermandi peluh angkut air...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603188562_Tinjauangangguanai.jpg)
Tinjauan Astro AWANI di PKS Seksyen 4, Shah Alam mendapati seawal pukul 7.30 pagi penduduk sekitar kawasan itu telah mula beratur untuk mendapatkan bekalan air.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696495589_AirPaip.jpg)
Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco
Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.
![Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714212749_TBMASALAHAIRGEN.jpg)
Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB
AKSB Pasir Puteh akan melakukan aktiviti flushing di kawasan terlibat dan sekitar Selising agar bekalan kualiti air pulih untuk jangka masa segera.
![Gangguan air: Kawasan anda terjejas? Semak di sini! Gangguan air: Kawasan anda terjejas? Semak di sini!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660215812_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan air: Kawasan anda terjejas? Semak di sini!
Air Selangor ingin mengingatkan para pengguna mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
![Penggunaan tinggi, tekanan air rendah punca gangguan air - Exco Penggunaan tinggi, tekanan air rendah punca gangguan air - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713000067_tbMohamadFazli.jpg)
Penggunaan tinggi, tekanan air rendah punca gangguan air - Exco
Penggunaan air yang tinggi dan tekanan air rendah akibat lokasi di hujung kawasan sistem bekalan air antara punca Felda Bukit Permai di Kulai mengalami gangguan bekalan air.
![Gangguan air P.Pinang: Kerajaan teliti keperluan beri geran atau pinjaman - Fadillah Gangguan air P.Pinang: Kerajaan teliti keperluan beri geran atau pinjaman - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705076331_BanjirGEORGETOWN.jpg)
Gangguan air P.Pinang: Kerajaan teliti keperluan beri geran atau pinjaman - Fadillah
Ia bagi menyelesaikan pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth.
![Gangguan air: Jangan paksa pekerja ambil cuti tahunan, potong gaji - Sim Gangguan air: Jangan paksa pekerja ambil cuti tahunan, potong gaji - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704713005_StevenSimChee.jpg)
Gangguan air: Jangan paksa pekerja ambil cuti tahunan, potong gaji - Sim
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja jika terdapat kes sebegini.
![Gangguan bekalan air: MBPP sedia 98 tangki statik di kompleks penjaja, pasar Gangguan bekalan air: MBPP sedia 98 tangki statik di kompleks penjaja, pasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704536534_tbgangguanair.jpg)
Gangguan bekalan air: MBPP sedia 98 tangki statik di kompleks penjaja, pasar
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan membekalkan 98 buah tangki air statik di 82 kompleks, pasar dan tapak penjaja dalam kawasan pentadbirannya.
![Gangguan bekalan air di luar musim puncak, tidak jejas pelancongan Pulau Pinang Gangguan bekalan air di luar musim puncak, tidak jejas pelancongan Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702646191_WONGHONWAI.jpg)
Gangguan bekalan air di luar musim puncak, tidak jejas pelancongan Pulau Pinang
Gangguan bekalan air selama empat hari di seluruh Pulau Pinang pada Januari ini tidak akan menjejaskan industri pelancongan negeri itu dengan ketara.
![Gangguan bekalan air: Pengguna terjejas diminta simpan air secukupnya Gangguan bekalan air: Pengguna terjejas diminta simpan air secukupnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696495589_AirPaip.jpg)
Gangguan bekalan air: Pengguna terjejas diminta simpan air secukupnya
Pengguna terjejas susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Langat pada 10 Oktober diminta membuat persediaan awal termasuk menyimpan bekalan air secukupnya.
![Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691904925_AirPaip.jpg)
Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat
Gangguan bekalan air di enam wilayah membabitkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor mula disalurkan secara berperingkat.