Ganggu sidang Dewan, Kit Siang berhadapan penggantungan
Shafizan Johari
Mac 28, 2018 12:39 MYT
Mac 28, 2018 12:39 MYT
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang hari ini berhadapan penggantungan selepas mengingkari arahan Speaker Dewan Rakyat ,Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengarahkan Ketua Parlimen DAP itu keluar Dewan.
Arahan itu dibuat susulan keengganan Kit Siang untuk menghormati Speaker ketika cuba untuk meneruskan perbahasan laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya SPR.
Susulan itu, Pandikar meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mengemukakan usul bagi menggantung Kit Siang selama enam bulan.
Terdahulu Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila ahli Parlimen pembangkang didakwa cuba melengah-lengahkan usul ini daripada dibentangkan, mengakibatkan perbahasan tertangguh selama 20 minit.
Pandikar kemudian mengumumkan Dewan untuk berehat sementara.
#Azalina Othman
#Azalina Othman Said
#DAP
#Dewan Rakyat
#Lim Kit Siang
#Pandikar Amin Mulia
#Parlimen
#pembangkang
#Perdana Menteri
#persempadanan semula
#pilihan raya
#SPR