Gandingan Dr Noor Hisham dan BoBoiBoy hapuskan COVID-19

Astro Awani
Oktober 23, 2020 12:49 MYT
Dr Noor Hisham muncul dalam watak animasi bersama wira kanak-kanak popular, BoBoiBoy yang turut disertai rakan-rakannya. - Foto YouTube
KUALA LUMPUR: Selepas muncul di kaca televisyen menyampaikan perkembangan wabak COVID-19 saban hari, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membuat kemunculan pula di laman media sosial YouTube dengan penampilan yang berbeza.
Berbeza yang bagaimana? Kali ini Dr Noor Hisham muncul pula sebagai satu watak animasi bersama wira kanak-kanak popular, BoBoiBoy yang turut disertai rakan-rakannya.
Video berdurasi seminit terbitan studio animasi tempatan, Monsta itu diterbitkan dalam kategori pesanan khidmat masyarakat (PSA) itu yang memaparkan Dr Noor Hisham bersama-sama BoBoiBoy dan rakan-rakannya dalam usaha melawan pandemik COVID-19.
Hasil inisiatif Kementerian Kesihatan, video berkenaan bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia betapa pentingnya menjaga kebersihan diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam suasana norma baharu.

Adik-adik semua, hero adik-adik dah amalkan bersama Ketua Pengarah Kesihatan. Jadi adik-adik pun kena amalkan juga ya. Mak dan ayah, jangan lupa sampaikan pesanan ni pada anak-anak kecil ya. Kita boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ni! pic.twitter.com/cnYHOQjCRA

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) October 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pesanan yang turut disampaikan di dalam video berkenaan adalah CAPP yang membawa maksud:
C- Cegah COVID-19 dengan mendidik keluarga dan komuniti
A- Amalkan tingkah laku yang baik bagi melindungi diri daripada jangkitan
P- Patuhi SOP dan arahan yang ditetapkan
P- Pantau kesihatan diri bagi pastikan anda tidak bergejala
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #YouTube #SOP #video #Kementerian Kesihatan #COVID-19 #Malaysia #keluarga
;