Gan Ping Sieu selar pihak ambil kesempatan ke atas kenyataan Duta Besar China

Astro Awani
September 26, 2015 20:28 MYT
Bekas Naib Presiden MCA itu berkata lawatan Huang bersifat di luar rutin seorang Duta. - Gambar Fail
Bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu menyelar sesetengah pengguna media sosial yang cuba memutar-belit kenyataan Duta Besar China Ke Malaysia, Dr Huang Huikang berhubung perhimpunan Baju Merah 2 pada Sabtu di Jalan Petaling, baru-baru ini.
Namun, agak jelas pemilihan perkataan Huang dalam menegaskan pendapatnya tentang penganjuran himpunan Baju Merah 2 itu mudah untuk disalahertikan dan dilihat sebagai menjelaskan pendapat beliau terhadap pentingnya isu domestik negara.
Lawatan Huang ke Jalan Petaling pada Jumaat untuk melawat peniaga di situ ketika musim perayaan, dorongan moral atau sebaliknya, tidak membayangkan rutin biasa beliau, atau sebahagian dari misi diplomatik bagi seorang Duta.
"Saya pasti majoriti rakyat Malaysia menghargai usaha Huang dalam memupuk keharmonian sosial dan kestabilan negara ini dalam memelihara hubungan dua hala antara China dan Malaysia, kerana ia pasti dapat memajukan perdagangan bilateral, perniagaan dan kerjasama serantau di antara dua negara ini," kata Ketua MCA Bahagian Kluang itu dalam satu catatan di laman facebook peribadinya, hari ini.
"Saya percaya kunjungan Huang ke Jalan Petaling adalah satu tanda yang berniat baik, tidak produktif, tiada keperluan dan boleh dimanipualsi oleh golongan yang mahu memusnahkan negara kita yang sudah berpecah-belah," tambahnya.
#Baju Merah 2 #bilateral #Gan Ping Sieu #Huang Huikang #MCA
;