Gambar tular jalan mendap di Kg Attap kes lama - DBKL

Madiha Abdullah
Ogos 29, 2024 15:00 MYT
DBKL memaklumkan gambar tular (kanan) adalah kes lama dan kerja-kerja membaiki kerosakan jalan itu telah dijalankan.
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan gambar tular yang memaparkan jalan mendap di sekitar Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap, adalah gambar lama.
Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan kerja-kerja membaiki kerosakan jalan itu telah dijalankan.
“DBKL ingin memaklumkan mengenai satu gambar tanah mendap di sekitar Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap yang telah tular pada hari ini.
“Dimaklumkan bahawa gambar tersebut merupakan gambar lama dan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan tersebut telah dijalankan,” kata kenyataan itu.
#jalan mendap #tanah jerlus #Kampung Attap #DBKL