Gambar bayi diikat: Empat wanita disambung reman dua hari lagi

Astro Awani
Januari 22, 2017 18:48 MYT
Pemilik taska dan tiga pekerjanya itu ditahan sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan. - Foto Astro AWANI
Perintah reman terhadap empat wanita yang ditahan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini, disambung dua hari lagi sehingga Selasa ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata pemilik taska dan tiga pekerjanya itu ditahan sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan.
"Tempoh reman mereka tamat hari ini dan polis sambung tempoh reman sehingga Selasa bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Pekerja dan pemilik taska ditahan reman
Gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan selain mulut mereka ditutup tersebar di laman sosial sejak Khamis lalu.
Pemeriksaan di hospital bagaimanapun mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.
#bayi diikat #ditahan reman #foto viral #taska
;