Bagi menggalakkan dan meningkatkan integriti dan memerangi rasuah dalam sektor korporat, draf peruntukan Liabiliti Korporat dijangka dibentangkan di Parlimen seawal Jun atau akhir tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Paul Low Seng Kuan.
Peruntukan baharu itu yang akan dimasukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, kini di peringkat akhir diperhalusi oleh Pejabat Peguam Negara.
Selain daripada kerangka perundangan, Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) akan bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta untuk menganjurkan pelbagai program berkaitan rasuah, katanya kepada Bernama selepas melancarkan Persidangan Integriti Belia (YFI) di sini hari ini.
Sebelum ini, Low dipetik sebagai berkata peruntukan baharu itu akan menggalakkan lebih banyak syarikat untuk menandatangani 'Ikrar Integriti Korporat', program yang diperkenalkan pada 2012 bertujuan memerangi rasuah dalam sektor korporat.
Sementara itu, YFI dianjurkan Empowering Youth Endeavours, SPRM, Malaysia Airport Holdings Berhad dan Institut Integriti Malaysia (MII) menarik penyertaan lebih 150 peserta daripada pelbagai institusi pengajian tinggi.
Presiden Empowering Youth Mohd Reza Samsani berkata program itu bertujuan menggalakkan golongan belia memainkan peranan aktif dalam meningkatkan tahap integriti dalam kalangan masyarakat.
Katanya inisiatif itu menekankan nilai-nilai integriti dan membantu belia Malaysia untuk lebih memahami dan menghargai integriti serta kesan buruk perbuatan rasuah.
Bernama
Sun Apr 26 2015
PAUL: Galak integriti menerusi peruntukan liabiliti korporat - Gambar fail
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Integriti perlu diajar seawal di peringkat sekolah - EAIC
Pengerusi EAIC) Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata perkara itu boleh dilakukan dengan memasukkan topik integriti ke dalam mana-mana pembelajaran di sekolah.
JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan
Tindakan dan hukuman yang berkaitan dan setimpal akan dikenakan sekiranya siasatan dijalankan membuktikan pegawai didapati bersalah.
Tiga anggota Balai Polis Pulau Tikus ditahan
Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan penahanan tiga anggotanya yang bertugas di Balai Polis Pulau Tikus bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku, Jumaat Lepas.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola
SPAN memandang serius sebarang isu melibatkan tatakelola, rasuah atau salah laku yang boleh menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan air negara.
PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti
Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.