#GajiAwal: Apa langkah terbaik untuk selamatkan gaji Ogos yang diterima awal?
Astro Awani
Jun 30, 2015 11:59 MYT
Jun 30, 2015 11:59 MYT
'Bencana kewangan' akan berlaku pada bulan Ogos ini jika penjawat awam terlalu ghairah berbelanja untuk sambutan perayaan Aidilfitri.
Penjawat awam yang menerima gaji dan bonus RM500 pada 25 Jun lalu, dijadualkan menerima gaji awal untuk Julai iaitu pada 9 haribulan, manakala gaji berikutnya pada 25 Ogos.
Ini bermakna penjawat awam akan perlu menunggu 46 hari sebelum gaji Ogos dibayar.
Ramai yang menyarankan agar mereka yang terlibat agar lebih berhemah dalam menguruskan perbelanjaan, namun hakikatnya agak sukar untuk berbuat demikian khususnya di musim perayaan.
Situasi ini tentunya lebih rumit bagi mereka yang berpendapatan kecil.