SHAH ALAM : Kenaikan gaji penjawat awam perlu diselaraskan dengan kadar inflasi dalam negara kerana ia memainkan peranan penting bagi menentukan kecukupan gaji mereka.
Cadangan itu sekali gus mencerminkan perubahan kos sara hidup untuk mengekalkan kuasa beli pekerja.
Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penyelarasan gaji tersebut perlu seiring dengan mempertimbangkan pemberian elaun bagi penjawat awam gred rendah, seperti elaun bandar buat mereka yang bekerja di bandar-bandar utama.
“Ketika ini, beberapa kakitangan kerajaan berpangkat rendah dibayar dengan gaji pokok RM1,200 sebulan, jika dimasukkan elaun bulanan adalah kira-kira RM1,850 sebulan walaupun ia melebihi gaji minimum yang dicadangkan.
“Apabila pekerja merasa dihargai dan diberi pampasan secukupnya, mereka berkemungkinan akan lebih bermotivasi serta komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada 7 Julai, Sinar Harian melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam di seluruh negara dengan perbincangan mengenainya dibawa ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Lam Thye berkata, tidak dapat dinafikan bahawa skim gaji penjawat awam sememangnya patut dibangkitkan setiap tempoh lima tahun kerana kenaikan kos sara hidup memaksa pertambahan gaji dalam kalangan masyarakat.
Ujarnya, gaji tidak mencukupi boleh menimbulkan tekanan kewangan kepada mereka yang berpotensi membawa kepada rasuah dan amalan tidak beretika.
“Walau bagaimanapun, perlu ingat bahawa kenaikan gaji kakitangan awam mungkin menghadapi penelitian dan kritikan daripada orang ramai yang menuntut ketelusan, akauntabiliti serta integriti.
“Orang ramai berhak menjangkakan bahawa ketirisan dan ketidakcekapan akan berakhir seperti yang sering diketengahkan dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara,” kata beliau.
Lam Thye menjelaskan, perancangan kewangan yang mampan juga perlu untuk memastikan kemajuan dalam jangka masa panjang tentang kenaikan gaji dan pencen.
Katanya, kerajaan perlu menilai kenaikan gaji dilaksanakan untuk jangka masa panjang dengan mengambil kira faktor seperti pertumbuhan ekonomi dan unjuran hasil dalam negara.
“Penglibatan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) juga penting dalam rundingan dan mempertimbangkan input mereka untuk mencapai persetujuan bersama di samping peranannya memperjuangkan kebajikan kakitangan kerajaan,” ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 16 2023
![Gaji penjawat awam perlu selaras dengan kadar inflasi Gaji penjawat awam perlu selaras dengan kadar inflasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689480852_LeeLamThye.jpg)
Lam Thye berkata, penyelarasan gaji tersebut perlu seiring dengan mempertimbangkan pemberian elaun bagi penjawat awam gred rendah, seperti elaun bandar buat mereka yang bekerja di bandar-bandar utama. - Gambar fail
![PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720239876_tbmengundi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis
Proses pengundian PRK Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
PRK Sg Bakap : Calon PN Abang Abidin selesai buang Undi
Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada jam 8.20 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Bakap hari ini..
PRK Sg Bakap: 16.74 peratus sudah mengundi setakat 10 pagi
Sebanyak 16.74 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dr Joohari yakin menang di kawasan “hitam”
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin yakin kedudukannya sebagai anak tempatan memberi kelebihan buatnya meraih sokongan pengundi pada pilihanraya kecil (PRK) kali ini.
Pengundi mula beratur seawal jam 8 pagi
Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan pengundi keluar seawal mungkin bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.
![Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720239109_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.
[TERKINI] Calon PH punyai kelebihan ekoran gelombang hijau mereda
Perwatakan, dan pembawaaan kedua-dua calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Sungai Bakap mempunyai kekuatan tersendiri.
![Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238197_TBSaifuddinNasution.jpg)
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Buru Jho Low: Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Keutamaan kerajaan ketika ini adalah memperoleh semula aset yang dikaitkan dengan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan pemeteraian perjanjian sulit Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
![2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS 2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720236983_FourthofJulyViole.jpg)
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
![PM Anwar puji penjawat awam urus banjir, janji skim gaji jadi keutamaan PM Anwar puji penjawat awam urus banjir, janji skim gaji jadi keutamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677999541_TBANWARBANJIR.jpg)
PM Anwar puji penjawat awam urus banjir, janji skim gaji jadi keutamaan
Anwar berterima kasih dengan keikhlasan penjawat awam dalam menguruskan situasi bencana banjir tanpa perlu menunggu arahan.
![Penjawat awam kalau beli rumah, terus miskin - Cuepacs Penjawat awam kalau beli rumah, terus miskin - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71516256481_CUEPACSAzihMuda.jpg)
Penjawat awam kalau beli rumah, terus miskin - Cuepacs
Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan ramai penjawat awam menjadi golongan miskin bandar dan Cuepacs gesa tarif gaji dinaikkan dalam masa terdekat.