SHAH ALAM: Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pelarasan gaji yang membabitkan 21,736 kakitangan awam negeri itu akan dilaksanakan setelah kerajaan negeri mendapat pekeliling kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
"Saya akan selaras balik kenaikan gaji penjawat awam negeri setelah pekeliling (kerajaan Persekutuan) dikeluarkan. Pentadbiran ini akan mengambil langkah yang perlu selaras dengan tatacara kewangan sedia ada.
"Perincian berhubung pelarasan kenaikan gaji penjawat awam negeri dijangka dilaksanakan pada Belanjawan Negeri 2025. Ia akan bermula pada kadar minimum iaitu lebih 13 peratus seperti yang Perdana Menteri umumkan," katanya pada sidang media di Bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor hari ini.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata kenaikan gaji di peringkat negeri Selangor harus menjadi pedoman serta dorongan kepada seluruh penjawat awam dengan produktiviti kerja wajar diperkukuh.
"Ia selaras dengan harapan rakyat yang tinggi bahawa sistem perkhidmatan kerajaan perlu sentiasa ditingkatkan," katanya.
Dalam pada itu, Amirudin berkata pengumuman Perdana Menteri yang melibatkan peningkatan gaji sektor awam wajar disambut oleh sektor swasta agar tangga gaji dan pendapatan rakyat di seluruh negara terus meningkat.
"Ia untuk menjadikan Malaysia antara negara berpendapatan paling tinggi di rantau ini, sekali gus mengatasi cabaran kos sara hidup yang meningkat terutamanya di negara-negara maju," katanya.
Perdana Menteri pada 1 Mei mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Amirudin berkata pelarasan gaji yang membabitkan 21,736 kakitangan awam negeri itu akan dilaksanakan setelah kerajaan negeri mendapat pekeliling kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan. - Foto Bernama
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
PM Anwar puji penjawat awam urus banjir, janji skim gaji jadi keutamaan
Anwar berterima kasih dengan keikhlasan penjawat awam dalam menguruskan situasi bencana banjir tanpa perlu menunggu arahan.
Penjawat awam kalau beli rumah, terus miskin - Cuepacs
Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan ramai penjawat awam menjadi golongan miskin bandar dan Cuepacs gesa tarif gaji dinaikkan dalam masa terdekat.