KUALA LUMPUR: Para peniaga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan susulan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya turut menjalankan pemantauan berhubung perkara itu.
"Sebab itu saya juga sebelum ini pernah membuat rayuan, lebih-lebih lagi kepada peniaga supaya jangan ambil kesempatan apabila kadar gaji minimum dilaksanakan kerana memikirkan kononnya pengguna sudah ada gaji yang besar daripada sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan peraduan 'Beli Dan Menang RM1 Juta' di cawangan KK Super Mart Maju Link, Bandar Tasik Selatan dan merasmikan pembukaan K3 Coffee Lab cawangan pertama milik KK Mart di sini, hari ini.
Pada 19 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelulusan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini.
Terdahulu Nanta dalam ucapannya berkata pelaksanaan program seperti Program Jualan Malaysia (PJM), Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan ini khusus untuk membantu rakyat menangani isu kos sara hidup.
"KPDNHEP melalui inisiatif berterusan sentiasa meneruskan pelbagai inisiatif untuk merancakkan semula aktiviti ekonomi melalui program ini. Semua inisiatif kementerian ini sentiasa disokong pihak industri termasuk KK Supermart di seluruh Malaysia," katanya.
Katanya KPDNHEP sentiasa menyokong usaha dilaksanakan pihak industri peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna.
Mengenai peraduan 'Beli Dan Menang RM1 Juta' itu, pelanggan hanya perlu berbelanja dengan nilai minimum RM21 dalam satu resit dan imbas kod QR yang dipamerkan dalam poster yang tertera di setiap cawangan KK Super Mart.
Peraduan 'Beli Dan Menang RM1 Juta' di KK Super Mart itu berlangsung selama enam bulan bermula 1 Mac lepas dan berakhir 31 Ogos depan dengan 10 pemenang separuh akhir akan dipilih, dan hanya seorang peserta berpeluang memenangi RM1 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya turut menjalankan pemantauan berhubung perkara itu. - Bernama
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
KUSKOP, MoF dan KESUMA perinci penyelarasan kenaikan gaji minimum bagi PMKS - Ewon
KUSKOP bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan MoF dan KESUMA mengenai penyelarasan gaji minimum bagi PMKS.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib - Fahmi
Fahmi berkata isu berkenaan turut dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar hari ini.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Oktober 2024.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Parlimen: Kerajaan dicadang naikkan ambang cukai untuk bantu IKS
Kerajaan dicadangkan supaya membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berhubung isu gaji minimum.
[KOLUMNIS] Kenaikan gaji minimum RM1,700: Peluang atau cabaran untuk syarikat?
Walaupun kenaikan gaji minimum sering dianggap sebagai beban oleh majikan, ia sebenarnya boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti.