Gaji minimum baru mungkin memberi kesan yang sedikit ke atas sektor pengangkutan Sarawak

Bernama
Oktober 24, 2015 10:52 MYT
Bermula dari 1 Julai, 2016, gaji minimum untuk pekerja sektor swasta akan dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan daripada RM800 kepada RM920 bagi Sarawak, Sabah dan Labuan. - Gambar Fail
Gaji minimum baru sebanyak RM920 yang akan dikuatkuasakan dari pertengahan 2016 akan memberi kesan minimum kepada kos buruh dalam sektor pengangkutan di Sarawak.
Presiden Persekutuan Lori Sarawak, Bruce Chai berkata, sektor pengangkutan sekarang ini pun membayar gaji yang lebih banyak kepada operator jentera dan pemandu.
"Ia tidak akan memberikan kesan yang besar tetapi sudah tentu kos buruh am kami akan menerima sedikit kesan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berharap kerajaan persekutuan akan menyediakan lebih banyak insentif bagi sektor pengangkutan seperti mengurangkan duti kenderaan, sama dengan apa yang telah dilaksanakan bagi teksi di negara ini untuk meningkatkan lagi sektor tersebut.
Bermula dari 1 Julai, 2016, gaji minimum untuk pekerja sektor swasta akan dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan daripada RM800 kepada RM920 bagi Sarawak, Sabah dan Labuan.
##Bajet2016 #Bajet 2016 #Bruce Chai #Dewan Rakyat #M40 #Najib Razak #pengangkutan #Sarawak