Gaji 25 warga asing tanpa kebenaran, dua bot tunda ditahan

Abd Razak Mohd Ali
Januari 7, 2024 11:50 MYT
Sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama 20 nelayan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak kerana pelbagai kesalahan di kedudukan kira-kira 4.25 batu nautika barat laut Pulau Dua, pada Jumaat.
LUMUT: Sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama 20 nelayan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak kerana pelbagai kesalahan di kedudukan kira-kira 4.25 batu nautika barat laut Pulau Dua, pada Jumaat.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh pasukan operasi KM Tagau.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan dan mendapati ia dikendalikan seorang tekong warga Thailand bersama 20 kru warga Thailand dan Kemboja berumur dalam lingkungan 30 hingga 52 tahun.
“Pemeriksaan lanjut mendapati, lesen bot telah tamat tempoh, tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, tiada surat kelulusan penggunaan peralatan komunikasi dan kru tidak mempunyai dokuman pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana lesen bot telah tamat tempoh dan melanggar syarat lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran.
Kes turut disasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana tidak mempunyai kelulusan
penggunaaan radar dan peranti selain Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakukan.
Menurutnya, kesemua nelayan ditahan, bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas dan seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
#warga asing #bot tunda ditahan #Maritim Malaysia #Pulau Dua
;