Gajah Pygmy betina ditemukan mati di Lahad Datu

Bernama
September 20, 2024 16:40 MYT
JHL menerima maklumat daripada orang awam berkaitan seekor gajah cedera namun pihaknya mendapati haiwan itu telah mati apabila tiba di lokasi. - Foto JHL Lahad Datu
LAHAD DATU: Seekor gajah Pygmy betina ditemukan mati di sebuah ladang sawit di Bagahak di sini Isnin lepas.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu Sylvester Saimin berkata punca kematian gajah yang dianggarkan berumur lima tahun dengan ketinggian hampir satu meter itu bagaimanapun belum diketahui.
"Bedah siasat sudah dijalankan dan JHL masih menunggu laporan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Slyvester berkata JHL menerima maklumat daripada orang awam berkaitan seekor gajah cedera namun pihaknya mendapati haiwan itu telah mati apabila tiba di lokasi.
-- BERNAMA
#gajah Pygmy betina #ditemukan mati #Lahad Datu #Jabatan Hidupan Liar
;