Gajah ditemui mati tanpa gading di Tasik Pedu

Bernama
Mei 3, 2016 21:15 MYT
Keadaan bangkai gajah yang sudah mereput ditemui di Tasik Pedu. - Foto Astro AWANI
Seekor gajah ditemui mati tanpa gading di Charok Jit, Tasik Pedu pada Ahad lalu.
Ia yang tidak diketahui jantinanya dipercayai mati lebih dua minggu sebelum ditemui sekumpulan pemancing, yang disyaki angkara pemburu haram.
Setiausaha Koperasi Persatuan Nelayan, Penternak dan Pelancongan Tasik Pedu, Amir Wahab berkata terdapat kesan mencurigakan pada haiwan tersebut.
"Gading gajah tersebut didapati dipotong oleh pemburu haram dengan menggunakan peralatan profesional," katanya dan menambah pemburu mungkin menggunakan jeti haram di Tasik Pedu untuk memburu gajah yang keluar dari kawasan hutan bagi mendapatkan air.
"Musim El-Nino menyebabkan haiwan liar seperti gajah akan keluar dari hutan untuk mendapatkan air dan ini memberi peluang kepada pemburu haram untuk melakukan kegiatan mereka tanpa diketahui umum," katanya.
Sementara itu Jabatan Perhilitan Kedah berkata mereka masih menyisat kes tersebut.
#bangkai gajah di Tasik Pedu #gajah mati tanpa gading #pemburu haram
;