Ibu bapa dinasihatkan agar memastikan anak-anak mereka berumur antara setahun hingga tujuh tahun mengambil suntikan vaksin demam campak atau measles bagi mengelak penularan jangkitan itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peratusan kes yang tinggi terutama di Kuala Lumpur kerana tidak mengambil suntikan vaksin itu disifatkan sebagai membimbangkan.
"Sehingga 30 Jun 2015, 73 kes yang disahkan measles telah dilaporkan berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes ini membabitkan usia sebulan sehingga 43 tahun. 79 peratus daripada kes ini didapati tiada suntikan vaksin measles diambil.
"Peratusan tinggi kes tiada suntikan adalah membimbangkan dan sehubungan itu Kementerian Kesihatan menggesa ibu bapa membawa anak mereka ke klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan vaksin measles," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambahnya, liputan imunisasi melebihi 95 peratus mampu mengekang penularan jangkitan demam campak dalam masyarakat.
"Vaksin measles diberikan sebanyak dua dos kepada kanak-kanak di bawah Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan iaitu pada umur 12 bulan dan 7 tahun.
"Ibu bapa dinasihatkan agar memastikan anak-anak mereka menerima suntikan vaksin measles ini bagi memastikan anak terlindung daripada jangkitan measles dan komplikasinya," katanya.
Manakala bagi penyakit cacar air pula, sehingga 30 Jun 2015, sebanyak 5 kluster dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Kes berlaku di taska, tabika dan depot tahanan di Kuala Lumpur. Ia berlaku antara Mac hingga Jun 2015. Penyakit cacar air tidak termasuk di dalam program eliminasasi dan apabila berlaku semua kes akan dirawat," tambahnya lagi
Justeru, ibu bapa dinasihatkan agar tidak menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak atau sekolah sekiranya menghidap demam campak dan cacar air bagi mengelak penularan jangkitan kepada kanak-kanak lain.
Dr Noor Hisham berkata demikian sebagai mengulas artikel bertajuk 'Kementerian Kesihatan siasat dakwaan penularan demam campak di Kuala Lumpur' yang diterbitkan Astro AWANI pada 26 Julai lalu.
Artikel tersebut mendakwa berlaku penularan demam campak (measles) dan cacar air (chickenpox) di Kuala Lumpur.
Astro Awani
Wed Jul 29 2015
!['Gagal vaksin anak penyumbang kes demam campak' - KP Kesihatan 'Gagal vaksin anak penyumbang kes demam campak' - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51438153936_NOORHISHAMABDULLAH.jpg)
Kementerian Kesihatan menggesa ibu bapa membawa anak mereka ke klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan vaksin measles. -Gambar fail
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Hospital Melaka siasat dakwaan tangan bayi bengkak, bernanah ketika terima rawatan Hospital Melaka siasat dakwaan tangan bayi bengkak, bernanah ketika terima rawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689644523_tbtanganbayibengkak.jpg)
Hospital Melaka siasat dakwaan tangan bayi bengkak, bernanah ketika terima rawatan
Ngwe berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada pihak hospital untuk memulakan siasatan secepat mungkin.
![Jabatan Kesihatan Melaka beri vaksin tambahan demam campak Jabatan Kesihatan Melaka beri vaksin tambahan demam campak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662559626_PICKids.jpg)
Jabatan Kesihatan Melaka beri vaksin tambahan demam campak
Jabatan Kesihatan Melaka melaksanakan pemberian vaksin tambahan bagi demam campak berikutan peningkatan kes berkenaan pada tahun lepas.
![Mumbai laksana pemantauan pintu ke pintu ekoran kes demam campak Mumbai laksana pemantauan pintu ke pintu ekoran kes demam campak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618100700_Mumbai.jpg)
Mumbai laksana pemantauan pintu ke pintu ekoran kes demam campak
Bulan lepas, tiga kanak-kanak berumur di bawah lima tahun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.
![COVID-19: CDC beri amaran varian Delta mudah tersebar seperti demam campak COVID-19: CDC beri amaran varian Delta mudah tersebar seperti demam campak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627608759_TBengland.jpg)
COVID-19: CDC beri amaran varian Delta mudah tersebar seperti demam campak
CDC mengesyorkan bahawa orang yang divaksin sepenuhnya perlu terus mengamalkan pemakaian pelitup muka.
![American Samoa pula dilanda wabak demam campak American Samoa pula dilanda wabak demam campak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61575839666_Samoa.jpg)
American Samoa pula dilanda wabak demam campak
Selepas Samoa, kini American Samoa pula diisytihar menghadapai krisis wabak demam campak.
![Demam campak menjadi-jadi, Samoa 'tutup kedai' dua hari Demam campak menjadi-jadi, Samoa 'tutup kedai' dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575554835_Demamcampak.jpg)
Demam campak menjadi-jadi, Samoa 'tutup kedai' dua hari
Wabak demam campak kini meragut lebih 60 nyawa, dan Samoa mengambil langkah menghenti perkhidmatan kerajaan 48 jam untuk tumpukan perhatian terhadap pertingkakant usaha pelalian.
![Orang Asli Kuala Koh bakal nikmati kemudahan elektrik tahun depan Orang Asli Kuala Koh bakal nikmati kemudahan elektrik tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71573780747_TBLetrikKualaKoh.jpg)
Orang Asli Kuala Koh bakal nikmati kemudahan elektrik tahun depan
Projek bernilai RM2 juta yang disumbangkan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk disiapkan.
![Penularan kes demam campak: Tiga daerah Sabah diberi vaksin percuma Penularan kes demam campak: Tiga daerah Sabah diberi vaksin percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51564391286_DATUKSERIDRDZULKE.jpg)
Penularan kes demam campak: Tiga daerah Sabah diberi vaksin percuma
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima kelulusan pengecualian fi bagi tiga buah daerah di Sabah untuk menjalankan aktiviti imunisasi tambahan (SIA) secara berperingkat.
![Kematian 12 Orang Asli disebabkan demam campak, bukan keracunan logam berat - KKM Kematian 12 Orang Asli disebabkan demam campak, bukan keracunan logam berat - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51564391286_DATUKSERIDRDZULKE.jpg)
Kematian 12 Orang Asli disebabkan demam campak, bukan keracunan logam berat - KKM
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan keputusan analisa sampel persekitaran dan laporan forensik, kematian mereka bukannya disebabkan keracunan logam berat.
![Tragedi Kuala Koh: Kampung sunyi selepas status zon merah ditarik Tragedi Kuala Koh: Kampung sunyi selepas status zon merah ditarik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562605029_OrangAsliGuaMusang.jpg)
Tragedi Kuala Koh: Kampung sunyi selepas status zon merah ditarik
Hanya terdapat 30 daripada 185 Orang Asli suku Batek berada di rumah masing-masing manakala 155 orang lagi yang dijangkiti penyakit itu ditempatkan di PPS Etnobotani sebelum dibebaskan zon merah.