Gagal rekod butiran pelanggan kesalahan tertinggi, ini tumpuan kenyataan Ismail Sabri

Isabelle Leong
Februari 27, 2021 18:41 MYT
Kesalahan merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran mencatatkan sebanyak 51 kesalahan semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kegagalan menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan masih menjadi kesalahan tertinggi bagi kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat.
Berikut lima tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu:
1) 432 individu ditahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 414 dikompaun manakala 18 lagi direman.
2) Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (108), gagal mengamalkan penjarakan fizikal (106), tidak memakai pelitup muka (96), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (51), keluar rumah tanpa alasan munasabah (42), aktiviti perjudian (18), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (10) dan lain-lain (satu).
3) Op Benteng menangkap 27 PATI dan merampas dua buah bot/kapal serta sebuah kenderaan darat.
4) Pada Jumaat, seramai 1,318 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya dikuarantin di stesen kuarantin di seluruh negara.
5) Anggota Penguatkuasa CIDB lakukan 16 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara.
#PKP #SOP #perintah kawalan pergerakan #ismail sabri yaakob #Op Benteng #pati #pendatang asing tanpa izin #Tapak binaan #cidb
;