Gagal patuh SOP: 96 kilang diarah tutup, 149 individu dikompaun

Astro Awani
Ogos 14, 2021 18:49 MYT
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu dilakukan hasil 77,326 pemeriksaan pada 13 Ogos. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 96 kilang dan premis perniagaan diarah tutup oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan lantaran gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tindakan itu dilakukan hasil 77,326 pemeriksaan pada 13 Ogos lalu.
"149 individu dikompaun kerana ingkar SOP manakala enam individu telah direman kerana ingkar SOP," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sementara itu, menerusi Operasi Benteng, Hishammuddin memaklumkan empat orang pendatang asing tanpa izin ditangkap selain empat kenderant darat turut dirampas.
Mengulas berkenaan pemantauan ke atas barangan keperluan harian, beliau berkata 773 pemantauan khas harian dilakukan ke atas 10 jenis barangan keperluan asas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
"KPDNHEP juga telah melakukan 2,325 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, semua premis mematuhi SOP," katanya.
#Hishammuddin Hussein #pematuhan SOP #Pasukan Task Force Operasi Pematuhan #prosedur operasi standard #Operasi Benteng #barangan keperluan harian #COVID-19 #pendatang asing #SOP
;