Seorang lelaki bersenjatakan parang berputih mata apabila bukan sahaja gagal menyamun sebuah pasar mini di Panorama Lapangan Perdana di sini, malah dikejar dan berjaya diberkas orang awam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, suspek memasuki pasar mini terbabit dengan memakai topi keledar sebelum mengacukan parang pada pemilik kedai yang berada di kaunter pembayaran.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata pihaknya menerima maklumat mengenai tangkapan orang awam ke atas seorang lelaki yang dipercayai terbabit kes samun.
"Polis kemudian ke tempat kejadian dan berdasarkan keterangan seorang wanita yang juga pemilik pasar mini berkenaan, lelaki yang ditangkap orang ramai itu cuba menyamun premisnya dengan menggunakan parang.
"Pemilik kedai itu kemudian menyerahkan beberapa barang kes dipercayai digunakan suspek untuk menyamun," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Ketika polis menahan suspek daripada tangkapan orang awam, katanya, lelaki itu didapati mengalami kecederaan bengkak pada bahagian tangan kiri dan kanan serta dahi, selain mendakwa sakit seluruh badan.
"Semakan mendapati suspek berusia 34 tahun dan beralamat di Rumah Pangsa Jalan Pasir Puteh di sini.
"Polis merampas barangan termasuk parang berserta sarung, beg bimbit dan sebuah motosikal jenis Suzuki TXR 150 berwarna hijau dipercayai milik suspek.
"Suspek dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum ditahan di lokap Balai Polis Bercham di sini dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun," katanya.
Sementara itu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar mini terbabit tular dalam media sosial, menunjukkan suspek yang memakai topi keledar memasuki premis sebelum mengacukan parang pada pemilik kedai di kaunter.
Rakaman video itu memaparkan mangsa mempertahankan diri dengan kerusi sebelum suspek melarikan diri sebaik disedari dan dikejar orang ramai.
Beberapa video lain turut tular yang menunjukkan suspek berjaya dicekup orang ramai dan diikat pada meter air sebelum diserahkan kepada polis.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Mar 11 2018
Parang yang dirampas daripada suspek. - Astro AWANI
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis
Bujang dan janda ditahan bersekedudukan
Seorang lelaki bujang dan pasangan kekasihnya seorang janda diberkas tengah malam tadi di sebuah rumah sewa kerana bersekedudukan.