Gagal bayar cukai, jutawan kosmetik bakal didakwa Khamis ini
Astro Awani
Oktober 11, 2016 15:06 MYT
Oktober 11, 2016 15:06 MYT
Seorang ahli perniagaan berstatus jutawan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis ini di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Menurut sumber Astro AWANI, dakwaan yang dikenakan ke atas jutawan syarikat kosmetik itu adalah kerana 'kegagalan mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai'.
Difahamkan, jumlah cukai yang tidak dijelaskan oleh jutawan terbabit bernilai hampir RM4 juta.
Jutawan berkenaan yang amat popular dengan jenama produk kesihatan dan kecantikan turut aktif memasarkan perniagaannya melalui penajaan berskala besar.