Frenerietta Sobitun rangkul gelaran Unduk Ngadau Kaamatan 2022

Abdul Hafiz Mustadi
Mei 31, 2022 21:53 MYT
Frenerietta Sobitun (tengah) membawa pulang hadiah keseluruhan yang bernilai RM120,000 termasuk wang tunai berjumlah RM12,000. - Gambar/ Astro AWANI
PENAMPANG: Frenerietta Sobitun yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Sandakan berjaya merangkul gelaran Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2022.
Frenerietta meraih tempat pertama selepas menewaskan 44 peserta di peringkat akhir Pertandingan Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022.
Pertandingan UNK 2022 itu berlangsung di Dewan Kebudayaan Hongkod Koisaan (KDCA) Penampang.
Dia berjaya membawa pulang hadiah keseluruhan yang bernilai RM120,000 termasuk wang tunai berjumlah RM12,000
Dalam pada itu, Esther Marius dan Deedee Cassandra Dallius yang mewakili DUN Papar dan DUN Ranau masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.
Naib johan membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM75,319 termasuk wang tunai berjumlah RM10,000 dan tempat ketiga menerima hadiah keseluruhan bernilai RM62,779 termasuk wang tunai RM8,000.
Seramai 79 peserta menyertai UNK tahun ini yang diadakan di setiap daerah seluruh Sabah termasuk empat peserta dari empat negeri di Semenanjung.
#Penampang #Pesta Kaamatan #Sandakan #Sabah
;