Foto #UndiRosak ditularkan, berapa ramai agaknya terpengaruh dengan hasutan ini?

Azyyati Ahmad
Mei 9, 2018 18:30 MYT
Twit ini mula viral sekitar jam 4:20 petang, namun tidak dapat disahkan siapa empunya gambar tersebut.
Kempen #UndiRosak yang dikecam ramai pihak, dilihat mencuri perhatian lewat petang ini apabila satu twit bersama gambar-gambar kertas undi rosak telah mula viral di media sosial.
Twit bersama gambar itu mula viral sekitar jam 4.20 petang, namun tidak dapat dipastikan kesahihan gambar tersebut dan pihak yang menularkannya.
Malah netizen turut mempersoalkan gambar yang tersebar itu, kerana ketika itu pusat mengundi belum lagi ditutup dan undian belum lagi dikira.
Dari aspek lain, jika gambar berkenaan benar-benar diambil secara curi sewaktu di kotak membuang undi dan kemudiannya ia disebar, ternyata itu juga satu kesalahan.
Pihak SPR sudah menyatakan bahawa perbuatan mengambil gambar kertas undi dan berkongsi tentangnya juga dikira sebagai satu kesalahan.
Bagaimanapun, siapa sebenarnya 'penggerak' di sebalik kempen tersebut dan sejauh mana ia mempengaruhi pengundi di luar sana masih belum terjawab sepenuhnya.
Sejak mengetahui hashtag tersebut mula viral, Astro AWANI telah melancarkan #JomBalikMengundi sebagai langkah menentang kempen #UndiRosak.
#JomBalikMengundi bertujuan mengajak lebih ramai bersemangat untuk pulang dan menyelesaikan tanggungjawab masing-masing di pusat mengundi.
Sementara itu, semua parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini turut menyeru pemilih agar tidak terikut-ikut dengan hasrat untuk merosakkan kertas undi, sebaliknya perlu dilakukan dengan penuh bertanggungjawab.
Berdasarkan gambar yang tular itu, kertas undi yang terlibat adalah DUN Maharani, Parlimen Muar dan Parlimen Johor Bahru.
Ramai yang mengutuk tindakan itu selain menyamakan ia adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan sia-sia.

People who participated in undirosak reminds me of when one kid in my kindergarten class didnt get what he wanted so he pissed on the classroom carpet. He (and his bladder) felt satisfied but everyone else, including him, had to put up with the smell of the Piss Carpet.

— alia (@unbaliable) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#UndiRosak (on purpose) rly proves to me that some people would actually go all the way and trouble themselves just to be stupid. #GE14

— Shereen (@shereensani) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bongok gila orang yg buat undi rosak ni /p>— Hakim‏ (@wayneatem10) May 9, 2018

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

kami yang tak cukup umur ni teringin nak vote but ada yg boleh vote ni bazirkan ballot paper just like that :) why did u even waste ur time queueing up to vote if you're just gonna end up buat undi rosak

— ayuni (@nrayunii) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#kempen #kertas undi #MalaysiaMemilih #media sosial #pengundi #undi rosak
;