Forensik siasat kawasan rusuhan kuil
Astro Awani
Disember 1, 2018 15:10 MYT
Disember 1, 2018 15:10 MYT
Sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki kawasan sekitar kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya kira-kira jam 10 pagi tadi.
Ia dipercayai bagi melakukan siasatan serta mengumpul bahan bukti kes anggota bomba Muhammad Adib Mohamad Kassim, 24, yang parah dipukul dalam rusuhan di kuil berkenaan Selasa lepas.
Pasukan forensik kemudian dilihat keluar dari lokasi kejadian kira kira jam 2.30 petang tadi.
Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyifatkan dakwaan Muhammad Adib cedera akibat dilanggar jentera bomba adalah tidak berasas.
Kenyataan itu turut disokong Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Polis kini sedang mengumpul bukti termasuk mengesan dalang yang melakukan perbuatan itu.
Beberapa rakaman video kejadian juga sudah diperoleh bagi mengesan pelakunya.
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#jentera bomba
#Ketua Polis Negara
#kuil
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Sri Maha Mariamman
#Subang Jaya