Foodpanda: Pekerja harus terima upah setimpal - Nik Nazmi
Sinar Harian
Oktober 9, 2019 08:45 MYT
Oktober 9, 2019 08:45 MYT
Keputusan pihak pengurusan Foodpanda mengekalkan kaedah pembayaran upah baharu walaupun diminta oleh kerajaan untuk mengembalikan kaedah sebelum ini amat dikesali.
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan tersebut dilihat tidak menemui jalan yang dipersetujui kedua-dua pihak sedangkan pekerja di sektor 'gig economy' sewajarnya dibayar upah setimpal sementara syarikat tersebut terus berkembang.
“Kita perlu memastikan pekerja dalam sektor ini diberi bayaran dengan betul dan bagaimana untuk merangsang pemberian insentif kepada pembangunannya.
“Baru-baru ini di California, Amerika Syarikat, meluluskan undang-undang bersejarah untuk menghendaki perniagaan termasuk syarikat ride-hailing seperti uber dan lyft untuk menganggap pemandu sebagai pekerja bukan kontraktor bebas dalam kebanyakan keadaan.
"Ini bermakna, pekerja sedemikian akan menerima perlindungan dan manfaat buruh seperti insurans pengangguran, kerja lebih masa, gaji minima dan hak untuk kesatuan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, semua pihak terlibat diharapkan terus berkomunikasi secara telus dan terbuka demi keadilan.
#FoodPanda
#gig economy
#insurans
#kaedah pembayaran
#kerajaan
#manfaat
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#Pekerja
#pengurusan
#perlindungan
#skim pembayaran
#syarikat
#undang-undang
#upah