Foodpanda alami masalah teknikal, tidak boleh diakses seketika

Nickyson Nyambar
Jun 11, 2021 21:47 MYT
Foodpanda menerusi perkongsian di laman Facebooknya pada Jumaat memberi jaminan akan menyelesaikan masalah teknikal dihadapi untuk pengguna. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Aplikasi penghantaran makanan popular, Foodpanda tidak dapat diakses oleh pengguna buat sementara waktu.
Menurut Foodpanda menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya, aplikasi itu kini sedang berhadapan dengan beberapa masalah teknikal.
"Maaf #pandapeeps, kita sedang mengalami beberapa masalah teknikal.
"Kami akan kembali dengan penghantaran makan dan selebihnya dalam waktu terdekat. Terima kasih di atas kesabaran anda," katanya pada Jumaat.
Sumber Facebook foodpandaMalaysia
Walau bagaimanapun, pihak Foodpanda tidak menyatakan punca sebenar masalah yang sedang dihadapi kini.
Terdahulu, beberapa pengguna turut melaporkan mengalami masalah pembayaran ketika membuat tempahan.
Antaranya kesukaran seperti pilihan pembayaran menerusi kad kredit atau debit.
#FoodPanda #Aplikasi penghantaran makanan #masalah teknikal #kad kredit #debit #tempahan
;