Food Flotilla for Myanmar: Perubahan saat akhir punca kos meningkat - Abdul Azeez
Hilal Azmi
Februari 8, 2017 16:51 MYT
Februari 8, 2017 16:51 MYT
Pelbagai cabaran yang dihadapi misi Food Flotilla for Myanmar sepanjang pelayarannya telah mengakibatkan kos operasi meningkat.
Ketua misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kos terbabit meliputi operasi harian dan perubahan tempat berlabuh di saat akhir.
"Memang kos akan meningkat sebab jumlah hari meningkat.
"Tetapi, misi macam ini kita sudah siap sedia untuk perkara di luar jangka, malah kami tiada masalah untuk menghadapinya," kata Abdul Azeez dalam sidang media di dek kawalan kapal Nautical Aliya pada Rabu.
Kapal Nautical Aliya kini belayar di Laut Andaman dan mula memasuki perairan Myanmar awal pagi Selasa.
Ia dijangka tiba di Yangon jam 10:30 pagi waktu tempatan (12:15 tengah hari waktu Malaysia) untuk mendaratkan barangan bantuan di sana.
Nautical Aliya akan meneruskan perjalanan ke Chittagong yang dijangka mengambil masa lebih tiga hari.
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#Food Flotilla For Myanmar
#Nautical Aliya
#operasi harian
#perubahan tempat berlabuh